Sukan

Pertembungan 3 'Superstar'

  • Written by 
  • Thursday, 03 December 2015 00:00
|  
(0 votes)

Messi, Ronaldo & Neymar Rebut Anugerah Ballon d'Or FIFA

Peluang tampak cerah buat penyerang berbisa Barcelona, Lionel Messi untuk merampas kembali Anugerah Ballon d'Or FIFA yang diraih Cristiano Ronaldo dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Gelaran pemain terbaik dunia terus menjadi rebutan antara Messi dan Ronaldo sejak 2008 lagi, sebelum Ballon d'Or diperkenalkan pada 2010. Sehingga kini, Messi mendahului dengan empat gelaran berbanding Ronaldo, tiga.

Walaupun Real Madrid gagal menjulang kejuaraan La Liga musim lalu, 48 jaringan dalam 35 perlawanan liga serta 60 gol keseluruhan sepanjang musim, sudah cukup buat Ronaldo untuk diangkat sebagai terbaik.

Selepas dua tahun tunduk kepada Ronaldo, tahun ini kelihatan cerah buat Messi kembali bertakhta tatkala Barcelona terus mempamer aksi luar biasa di pentas Sepanyol dan Eropah.

Apatah lagi selepas kelab Catalan itu berjaya membenam seteru, Real Madrid dan Real Sociedad baru-baru ini.

Tambah menarik, perebutan di antara Messi dengan Ronaldo itu bakal bertukar kepada saingan tiga penjuru tahun ini.

Neymar disenarai pendek buat kali pertama hasil persembahan menakjubkan bersama Messi dan Luis Suarez yang dilabel trio berbisa Barca ketika ini.

Apa pun keputusannya hanya akan diketahui 11 Januari 2016 ini pada gala Ballon d'Or FIFA yang akan diadakan di Zurich nanti.

Kelibat Messi yang diganding bersama Neymar dan Suarez sejak tahun lalu berjaya membawa Barca menjulang kejuaraan La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah musim 2014/2015, sekaligus menjadi pasukan pertama meraih gelaran treble dua kali di rantau Eropah.

Sama-sama kita nantikan kemuncak anugerah Ballon d'Or FIFA pada majlis yang bakal disampaikan selain empat anugerah lain Januari nanti.

SUMBER: Artikel  Stadium Astro Gambar  Stadium Astro

Written By:

BeatTvMy
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.