Produk

Klinik Clique kini di Petaling Jaya

  • Written by 
  • Wednesday, 09 December 2015 00:00
|  
(0 votes)

Klinik Kesihatan dilancarkan

 

Kecantikan adalah sesuatu yang amat penting bagi semua individu mahupun wanita ataupun lelaki,semua orang ingin kelihatan menawan dan cantik,baru-baru ini sebuah pusat kecantikan gaya baru telah pun di buka di Petaling Jaya.

Klinik Clique sebuah gaya hidup kejiranan yang menawarkan penjagaan kesihatan dan rawatan estetik,menggunakan penyelesaian terkini bersepadu dan peralatan yang paling canggih perubatan untuk membantu anda melihat dan merasa yang terbaik.

Konsep penjagaan mereka yang utama dimana kesihatan keseluruhan pesakit dan ahli keluarga akan diuruskan di tempat kesihatan mereka.Klinik menyediakan penjagaan yang rapi seperti kesihatan umum,kesihatan kanak-kanak,pemeriksaan kesihatan untuk semua peringkat umur dan rawatan estitik.

Di Klinik ini,kami berhasrat untuk menyediakan pengalaman yang paling menyenangkan dan selesa pesakit untuk orang yang mencari rawatan perubatan akut dan kronik.Klinik Clique menekankan pengurusan kesihatan dan penjagaan kesihatan rutin sebelum pembangunan penyakit.

Klinik juga mengintegrasikan kesihatan,kecantikan dan kesihatan kedalam satu entiti dan menekankan perubatan berasaskan bukti.

Di Klink terdapat 2 bilik rundingan dan mempunyai doktor yang berbeza bagi merawat pesakit dan bilik rawatan berkaitan yang mengandungi semua mesin berteknologi tinggi.Kelengkapan mesin mereka cukup padat bagi membantu pesakit pesakit mereka.

Klinik mempunyai perlbagai rawatan yang ditawarkan mereka selain kesihatan.Bagi mereka yang memerlukan rawatan bagi menguruskan badan mereka juga bole mendapatkan nasihat dari doktor bagi rawatan yang sesuai untuk pembuangan lemak.CoolSculpting prosuder tanpa bedah yang boleh merampingkan badan anda,melalui prosuder semulajadi yang membeku dan menghapuskan lemak dibadan.Rawatan terkini diperkenalkan oleh Cliqueclinic adalah Coolmini yang berkesan mengurangkan bahagian bawah dagu,lutut atau ketiak.

Memperkenalkan prosedur perangsang pengisi bio kulit yang pertama di Asia Tenggara 'Ellanse' yang menggunakan peransang 'bioresorale' kolagen yang disesuaikan untuk membantu mengenerasiakn kolagen secara semula jadi.

DiMajlis pelancaran Clique Clinic juga turut mengambil peluang mengumumkan 7 BIntang Clique tempatan yang dilantik diatas kegigihan usaha  mereka dalam mencapai gaya matlamat hidup yang sihat tanpa menjejaskan kesihatan.Mereka adalah

Fahrin Ahmad,Will Quah,Poovaplachciak,Chris Tong,Belinda Chee,Evan Siau dan Emily Lim mereka semua adalah selebriti tempatan dan juga antarabangsa yang menjalani hidup yang sangat sibuk dan aktif tetapi sedar akan kepentingan kesihatan namun dengan bantuan pusat kesihatan ,mereka mampu mencapai gaya hidup seimbang.

Clique Clinic dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam(kecuali pada cuti hari umum).Bagi yang ingin mendapatkan rawatan yang disediakan ,orang ramai digalakkan membuat temujanji awal dengan menghubungi di talian 03-79601211.

Maklumat lanjut sila layari laman web

http://www.cliqueclinic.com

 

 

Written By:

BeatTvMy
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.