Produk

Pizza Perkenal Dua Perisa Baru

  • Written by 
  • Wednesday, 16 September 2015 00:00
|  
(0 votes)

Signature Series - BIG

Syok Sambal dan Veggie 'N' Salami

Anda seorang penggemar makanan ringan seperti pizza dan mahukan perisa baharu dalam rangkaian siri Signature? Hajat anda itu kini tercapai apabila Pizza Hut memperkenalkan dua lagi perisa baharu sebagai tambahan kepada Signature Siri - Big iaitu 'Syok Sambal' dan 'Veggie n' Salami."

Sesungguhnya, Pizza Hut Malaysia sentiasa mencari peluang untuk mencipta produk yang mampu memberikan nilai hebat kepada pelanggan setianya dan kerana itu telah melanjutkan promosi rangkaian Signature Series dengan promosi terbarunya, Signature Series – BIG.

Promosi ini menampilkan piza berkualiti chef yang lazat dalam saiz yang lebih besar pada harga yang amat menjimatkan dengan dua inti baru untuk dinikmati iaitu Syok Sambal dan Veggie n’ Salami.

Pizza 1

“Rangkaian Signature Series yang diperkenalkan pada April tahun ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari pelanggan kami, justeru ianya telah memberi inspirasi kepada kami untuk memperhebatkan menu dengan menampilkan pizza yang bersaiz lebih besar serta menambahkan dua inti baru,” kata Sharon Khor, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

“Dengan perlaksanaan GST baru-baru ini, pelanggan kini lebih berhati-hati dalam membelanjakan wang mereka, selain mencari nilai yang lebih untuk setiap “Ringgit” yang dibelanjakan. Apabila kami mencipta Signature Series – BIG, objektif utama kami adalah untuk menyediakan piza yang terbaik pada harga yang berpatutan untuk semua pelanggan setia kami. Pada harga hebat bagi kesemua lima piza daripada rangkaian ini, kami yakin bahawa pelanggan kami akan dapat menikmati hidangan lazat di Pizza Hut tanpa perlu bimbang mengenai harga,” tambah beliau.

Dengan slogan “Saiz Hebat, Harga Jimat”, kini rangkaian piza ini boleh didapati dalam saiz 12 inci dengan harga serendah RM19.90 setiap satu (RM36.90 harga biasa). Ini bermakna pelanggan dapat menikmati penjimatan sehingga RM17.00 untuk setiap piza! Dengan tambahan hanya RM5.00, pelanggan juga boleh mendapatkan hidangan add-ons yang merupakan segelas air berkarbonat serta semangkuk sup cendawan.

Disebabkan keinginan pelanggan yang sentiasa mencari tawaran yang hebat, Pizza Hut memberi peluang kepada pelanggan bagi mendapatkan piza berkualiti pada harga yang sungguh berpatutan. Menjadi impian bagi setiap pelanggan yang bijak untuk mendapatkan pulangan terbaik bagi setiap wang ringgit yang dibelanjakan!

Signature Series – BIG menampilkan kerak nipis yang diuli dengan tangan, dengan inti dari bahan-bahan berkualiti premium, dan dibakar sehingga rangup dan lazat. Setiap hidangan piza bersaiz besar ini sesuai dihidangkan untuk empat orang.

Pizza 2

Piza Syok Sambal yang baru diperkenalkan pasti akan menarik perhatian mereka yang gemarkan masakan pedas. Dengan sos sambal berapi dan inti kapsikum, tomato dipotong dadu berserta ikan bilis rangup, piza ini pastinya akan menawan selera anda.

Para penggemar ayam pula boleh mencuba piza Veggie n’ Salami yang mampu memikat selera dalam setiap gigitan dengan hirisan kapsikum segar, bawang merah dan daging ayam Salami dengan limpahan sambal dan sos BBQ. Pelanggan juga boleh memilih tiga lagi jenis inti lazat yang sedia ada dalam rangkaian Signature Series - Seriously Sriracha, Barbecue Bang, dan Fisherman’s Catch.

Strategi pengiklanan untuk promosi Signature Series – BIG termasuk siaran TV, Radio, media sosial, akhbar, titik bahan jualan (POSM) serta risalah - untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Signature Series – BIG kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk tempoh yang terhad, dari 15 September hingga 2 November 2015.

Senarai Harga Pizza Hut Signature Series - BIG:

Veggie n’ Salami (baru) : RM19.90
Syok Sambal (baru) : RM24.90
Fisherman’s Catch : RM19.90
Seriously Sriracha : RM24.90
Barbecue Bang : RM24.90

SUMBER: Artikel  Chit Chat Kak Fas Gambar  Chit Chat Kak Fas

Written By:

BeatTvMy
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.