Hiburan

Perkahwinan SAM RM25Juta

  • Written by 
  • Wednesday, 13 January 2016 00:00
|  
(0 votes)

Wedding Of The Year

Kuala Lumpur

Wow setelah lama bermain difikiran peminat dan juga media,akhirnya teka teki mengenai perkahwinan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akhirnya terjawab apabila mereka mengadakan Pc bagi mengumumkan majlis pernikahan mereka yang bakal di adakan di Pulau Pinang pada 8 Febuari 2016.

Majlis resepsi sebelah keluarga Syatilla akan diadakan di Bukit Jawi Gold Club pada keesokan harinya 9 Febuari,Manakala Majlis sebelah keluarga Sam pula di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Febuari.

Sam tidak akan pernah lupa pada peminatnya yang telah lama menunggu saat ini,jadi sam memberi peluang kepada peminatnya bagi menghadiri majlisnya pada 20 Febuari ini.

Majlis perkahwinan Sam ini telah mendapat tajaan berjumlah RM25juta dan bersifatkan Wedding of the Year.Tajaan ini telah diumumkan sendiri oleh pihak terbabit.

"Kami tidak menyangka akan menerima jumlah tajaan yang sebanyak ini.Alhamdulilah kami bersyukur kerana pihak tajaan sudi menaja kami dan menjadi sebahagian dari hari gembira kami.

Tahniah kami ucapkan kepada Sam dan Syatilla,Semuga semua berjalan lancar.Amin

 

Written By:

BeatTvMy
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.