Hiburan

Rita Rudaini Menang Tuntutan

  • Written by 
  • Wednesday, 07 October 2015 00:00
|  
(0 votes)

Menang Kes Mutaah RM30,000

Kuala Lumpur

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur di laman Instagram miliknya selepas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan bekas suaminya, Aidil Zafuan membayar RM30,000 daripada tuntutan sebenar RM300,000 sebagai Mutaah.

Menurut pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu kemenangannya itu adalah tanda maruah dirinya sebagai orang isteri dan ibu yang bukan hanya meletakkan wang semata-mata.

“Alhamdulillah, orang menipu takkan kemana. Allah sentiasa brsama org yang dianiaya. Sebelum ini ada seorangg hamba Allah mendakwa yang saya seorang isteri yg tidak layak utk mendapat tuntutan mutaah iaitu haknya sendiri.

“Alhamdulillah Allah maha adil dan maha mengetahui. Syukur Ya Allah, kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah di istiharkan oleh mahkamah bahawa saya layak utk mendapat mutaah. Sebelum ini saya pernah cakap, bukan wang yang saya cari atau menjadi ukuran tetapi maruah saya sebagai seorg isteri dan ibu yang saya perjuangkan!

“Terima kasih atas doa ibu, anak-anak ,famili dan peminat semua Allah akan tolong org yg benar. Apa yang saya perjuangkan adalah maruah wanita. Alhamdulillah, mahkamah putuskan saya layak dpt mutaah, syukur. Alasan dia bagi yang saya memang tak layak langsung dapat mutaah adalah sebab saya tak masak, tak gosok baju dan tak kemas rumah. Syukur Allah Maha Adil,” luah Rita Rudaini menerusi kapsyen di Instagramnya.

Dalam pada itu sejam selepas itu Rita Rudaini turut memuat naik sekeping foto dengan kapsyen mengucapkan terima kasih dan memberi peringatan kepada para suami yang menganiaya para isteri di luar sana.

“Segala keringat, sabar, tabah dan tawakal akhirnya terjawab. Syukur kepada Allah. Saya harungi segala cemuhan, makian kejian dan fitnah dengan sabar sebab saya tahu saya bercakap benar dan saya ikhlas pada rumahtangga saya dahulu. Alasan yang tidak munasabah yang di buat dan di anggap tidak layak langsung untuk mendapat hak sendiri, saya tempuh dengan doa dan perjuangan.

"Berapa amaun tidak penting. Yang penting adalah saya menang dalam perjuangan saya di ceraikan tanpa sebab. Allah tidak pernah tidur. Ini baru mahkamah dunia, di akhirat ada lagi mahkamah pengadilan yg menanti pada para suami yg bersikap menganiaya para isteri. Allah bersama dengan orang yang ikhlas dan benar . Syukur A lhamdulillah. Terima kasih atas doa semua,” jelas Rita.

Aidil dan Rita bercerai pada September 2013 di Mahkamah Syariah Seremban dan mempunyai dua cahaya mata lelaki Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

SUMBER: Artikel  ASTRO GEMPAK Gambar @RITARUDAINI

Written By:

BeatTvMy
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.