Berita

Ron95 Turun 10sen

  • Written by 
  • Tuesday, 01 December 2015 00:00
|  
(0 votes)

Harga Minyak RON97 Dan Diesel Kekal

Kuala Lumpur

Harga Petrol RON95 untuk bulan Disember menyaksikan penurunan 10 sen menjadi RM1.95 seliter,menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada isnin seperti yang dilaporkan The Star Online.

Sejak 1 Disember tahun lalu.Kementerian Perdagangan Antarabangsar,Koperasi dan Kepenggunaan mengambil keputusan untuk menjalankan sistem apungan terkawal bagi menentukan harga pertol dan Diesel.

Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti bagaimanapun berkata,harga bagi RON97,diesel biasa dan diesel Euro 5 masing-masing kekal pada kadar harga RM2.45,RM1.90 dan RM2 seliter.

Harga tersebut ditentukan dengan mengambil purata harga 10 hari dalam pasaran dagangan antarabangsa dan dicampur dengan nisbah keuntungan tetap untuk loji tapisan serta peruncit.

 

 

Written By:

BeatTvMy
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.