Berita

Peniaga Vape mohon tempoh

  • Written by 
  • Monday, 30 November 2015 00:00
|  
(0 votes)

Beri tempoh kembalikan modal

Johor Bahru

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai bertitah agar larangan penjualan Vape dikuatkuasa dan semua permis menjual vape diberi tempoh sehingga 1 Jan depan untuk menutupnya. Para peniaga memohon agar diberi lebih tempoh masa bagi mengembalikan balik modal perniagaan sebelum berkuatkuasa.

Tinjauan dibeberapa permis perniagaan vape kelihatan agak suram dan beberapa peniaga mlahirkan perasaan sedih atas larangan tersebut."Berilah kami waktu untuk mendapatkan kembali modal bagi penjualan vape ini,"kata Noor Azlan Nardi,peniaga vape di Kilang Bateri,Jalan Tampi,disini ketika ditemui bernama pada Ahad.

"Kami bermula berniaga di tepi jalan,menumpang kedai mamak,sehinggalaj kini kami mampu berniaga di kedai sendiri,"katanya.

Pengusaha berusia 42 tahun itu berkata beliau terkilan dengan perkembangan terbaru itu kerana menjejaskan perniagaan anak melayu sepertinya.

Beliau turut kesal kerana terasa teraniaya memandangkan maklumat mengenai sama ada perniagaan vape dibenarkan atau tidak sentiasa berubah."Kita perniaga rasa teraniaya sebab vape ini sekejap bole,sekejap tidal boleh,"katanya.

Nood Azlan berkata peniaga sepertinya telah mengeluarkan modal yang besar untuk memulakan perniagaan dan adalah sangat mustahil mendapatkan kembali modal dalam tempoh sebulan.

"Saya harap ada pihak yang mahu mendengar keluhan daripa peniaga vape dan mempertahankan hak kami,"katanya sembil menambah memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk mendapat kembali modal sepenuhnya.

Sementara itu,Mohd Izwandi Suhaimi,29,berkata beliau sedih dengan perkembangan berkenaan kerana baru sahaja memulakan perniagaan tersebut tiga bulan lalu."Tindakan itu umpama menutup periuk nasi kami,dimana kami mendapatkan kembali modal,separuh modal pun tak apa,katanya.Terdahulu,Exco Kesihatan dan Alam Sekitar,Johor Datuk Ayub Rahmat berkata kerajaan negeri akan membincangkan titah Sultan Johor itu pada mesyuarat Exco dalam masa terdekat.

Beliau berkata pihaknya bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Bahagian Farmasi akan turut mengadakan perbincangan mengenai perkara itu sebelum dikemukakan pada mesyuarat itu.

Written By:

BeatTvMy
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.