Berita

Nazri Aziz : Gembira Ringgit Jatuh

  • Written by 
  • Wednesday, 10 June 2015 00:00
|  
(0 votes)

RInggit Ditutup Pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200

Kuala Lumpur

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan. Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.

Arcu in vel nibh ut pede vestibulum quis eget

“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Katanya, pelancong-pelancong tersebut akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia.

Selain itu, kata Nazri, kejatuhan ringgit juga menyebabkan rakyat Malaysia berfikir dua kali sebelum melancong ke negara lain terutama sekali ke negara seperti UK. “Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira,” katanya.

Beliau juga menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan nanti.

Ringgit baru-baru ini menyaksikan lagi kejatuhan apabila ia ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.

Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

SUMBER: Artikel  Astro Awani Gambar  TMI

Written By:

BeatTvMy
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Media